Saturday 30 July 2011

FOLDER KAWAN

 


Freunde, நண்பர்கள், amicis, 友人,
Beribu perkataan tercipta untuk hubungan ini,
Berjuta memori tercipta bila terlibat dengan hubungan ini.

Biarpun beribu perkataan yang tercipta,
Aku tetap guna istilah kawan,
Kerana istilah kawan mak dah cakap dari aku budak lagi,
‘’kawanlah dengan anak seman tu’’
Kerana istilah kawan abah dah pesan,
‘’hati-hati pilih kawan’’
Kerana aku lebih faham apa erti kawan dengan perkataan kawan.



Biarpun berjuta memori tercipta,
Aku tetap pilih memori yang boleh disimpan,
Dan buang memori yang tak patut disimpan,
Tak semuanya boleh diterima hati,
Elok buang dari peruk. Peruk busuk.

Kawan lama, kawan baik, kawan rapat, kawan biasa, kawan jauh,
Tu folder yang aku buat dalam setiap transaction dari dunia ke diri aku,
Ada bahagian kegemaran, ada bahagian regular,
Aku tak pilih kawan yang datang,
Biar hati yang pilih dimana folder yang sesuai untuk kawan.

Hanya satu folder kegemaran aku, kawan baik,
Bukan senang nak biar hati pilih kawan yang ditempatkan dalam folder ni,
Buruk aku, baik aku, taik lalat aku, parut aku,
Semua ada dalam dia,
Terima kasih hati
Kerana kau, dia ada dalam folder ni,
Terima kasih kawan,
Kerana kau boleh terima buruk aku,
Kerana kau boleh terima parut aku,
Terima kasih.
[karya RAYHAN]

BUSUK

Ketiak,
Tak semua ada,
Kentut,
Pasti semua, yakin semua ada,
Rambut,
Jarang ada orang macam ni,
Mulut,
Pagi semua, petang jarang ada.

Hahaha,
Jangan gelak, tahan sahaja,
Jaga hati katanya, tak nak kecawa,
Kawan bukan.
Sampai bila?
Mahu bengkak hati aku menahan?
Mahu pecah dada aku mengelak?

AHH!
Aku mahu kau sedar,
Aku mahu keluarga kau gembira,
Aku mahu bini kau selesa,
Aku mahu anak kau bangga,
Aku mahu kau bermesra,
Tak mahu aku,
Lihat kau murung,
Lihat kau tersisih,
Lihat duduk dipulau kau sendiri,
Lihat kau termenung.

Pergilah, 
Capai tuala, 
Ambil sabun, 
Berus gigi. 
12 ogos hari lahir kau ke 20 bukan.

[karya RAYHAN]

MATA PEMIMPI

Mimpi kita sama, walau berasingan bantal,
berlari pantas mengejar mimpi itu kelebihan,
pantas lagi, jangan hilang diri di pertengahan hari,
jauh lari, jangan sendiri.

Mimpi besar,
Hingga pagi kita dikejutkan rusa,
Birukan mata dengan lautan,
Jamahi kelipan indah malam paris.

Berlari pantas lagi, mengejar mimpi,
Mimpi tinggi lagi, tinggi lagi, tinggi,
Butakan mata untuk berlari,
Usir semua celaka keliling,

Mimpi lagi,
Tuhan tunggu memeluk mimpi,
Tidak punya mimpi?
Matilah orang-orang macam kita,
Satu mimpi cukup untuk dipeluk,
Janji mimpi, jangan kosong, baka.

Mungkin dimata kau lain,
Mata kau kata aku orang gila,
Hanya ketawa, hanya bermimpi,
Diluar norma,
Beza dengan mata kau,
Hanya pejam tapi kosong,
Sama hidup tapi lohong.

[karya RAYHAN]