Sunday 12 February 2012

L.I.F.E

We live in beautiful world,
Up above, down below,
Running in circle, spinning around.
Lord,
Where is the line of confusion?
Stop guessing.
Life goes on and can’t be same.

Rasa

Bila kau dapat apa yang kau nak,
Tapi bukan apa perlu.
Bila kau cuba yang terbaik,
Tapi kau kandas.
Bila kau letih,
Tapi kau tak boleh tidur.
Dan, bersyukur kau masih boleh bernafas.

Hujung Nanti.

Bersama hari aku menghitung,
Bersama hari aku dihitung,
Hari hari,
Matahari pagi manis tersenyum,
Bulan malam kekal sama bintang,
Kayuh lari untuk berdiri,
Hidup, mati pasti.

Kasut

Lumrah jiwa dan raga,
Kanan jiwa kiri raga, kalau dipisah hampas jadinya,
Panah dan busur saling megejar sesama sendiri,
Sampai tua.

Awan

Kabus putih dapat dillihat tak dapat disentuh,
Kabus suci yang dijunjung katanya indah,
Bila sudah berat, terus dibuang hadas,
Hadasnya juga disanjung, rahmat.



Terima Kasih Pak Hang

Teliti aku perhati mentari jingga pergi.
Pergi matikan diri,
Tika ini aku hanya buta, buta hati,
Dihadap aku cuma gelap,
Senyuman aku malap.
Dalaman ini dicarik kejam,
Dicarik kejam si anjing hitam,
Dan aku tiada beda antara langau
Langau bermain sesat dalam bangkai berulat.
Bodoh ini tak akan dibela sampai mati,
Cukup,
Terima kasih kerana beri aku rasa sakit yang ini.


Terima kasih pak hang..

Ronta Runtuh

Kali ini aku dihentam kuat,
Setelah hati memilih untuk kekal dijalan ini,
Tergelung sesat dalam ruang sendiri,
Selaput mata hati aku hilang arah pasti,
Aku raga yang tidak berjiwa,
Mengapa tidak kau tamatkan saja nadi ini?
Rela aku diratah ulat dari aku begini,
Setiap nada yang keluar dari hati ini cuma,

“bangsat”

Senyuman aku malap,

“Sudah la aku ni gelap, senyuman malap pulak! terus hilang seri, bangsat!”
Monoloque aku sendiri.


Ini pendirian aku, aku berdiri disini,
Aku yang pinta untuk terus disini,
Tak akan aku berganjak walau setapak,
Bukan kerna egois aku yang buat aku begini,
Kerna ini pendirian, hati yang tetapkan.

Terus aku sujud padaMu

Haa lega,

Hati goncang kini tenang,
Ternyata aku tidak akan lupa untuk sujud selepas ini,
Mungkin ini tujuan Mu,
Mungkin ini jalanku.