Tuesday 25 October 2011

Tempat Gelap Itu!

Aku kembali lagi, ke tempat yang aku sepatutya tidak perlu menjejakan lagi ke tempat gelap hitam sial itu. ahhh tapi ugutan bunuh yang aku terima didalam perut comel ku meminta aku untuk ke situ. "sial, time macam ni lah kau mintak aku keluarkan kau" merungut aku sendirian, kesal dengan toksin yang berada di perut ku meronta untuk keluar , tidak cukup dengan rontaan, ugutan dan kepedihan juga di berikan kepada perut ku. 

Tibanya aku disitu, dapat aku merasakan angin malam sepoi-sepoi bahasa. aku segera ke situ untuk melaksanakan tanggungjawab ke atas perut ku, dengan berbekalkan sebungkus nikotin segar yang aku beli di kedai mamak tadi. aku segera mempercepatkan langkah ku. aku segera masuk ke salah satu tempat yang kosong itu, segeraku menyalakan nikotin sambil bersedia untuk menjatuhkan semua ugutan,rontaan dan segala bagai kepedihan perut ku. "kau nk bebas kan aku bagi kau bebas hahaha" kata ku sendiri sambil tersengih comel sial mungkin.


Setelah selesai segala tanggungjawab yang diberikan aku keluar dengan muka bangga.tiba-tiba aku di kejutkan dengan seorang wanita yang cantik mungkin di luar tempat gelap itu. bagaikan terbang di awan, aku rasa terpingga-pingga, bagaimana wanita secantik itu berada di situ. tubuh badan yang aku boleh katakan cukup sempurna untuk dinikmati oleh mata ku pada malam itu, aku terkaku batu disitu. wanita itu menyedari aku berada disitu dan tersenyum manis gula batu ke arah ku. aku terdiam membisu, senyum pun tidak tersengih pun tidak. tapi aku cuba membuat muka kacak seperti rosyam nor mungkin.


Dia datang perlahan ke arah ku, bau wangiannya cukup merangsang seluruh tubuh badan ku. sekarang, dia berada di depan mata ku. aku mula berpeluh memikirkan tindakan dia seterusnya. tanpa diduga dia berkata " nak try ke bang, ringgit malaysia 50 sahaja untuk jam pertama" suara garau lelaki mengalahkan karam singh walia ketika berfalsampah. aku tersenyum sial dan berlalu pergi sambil melayangkan jari tengah kepadanya. aku bernasib baik kerana tidak menjadi mangsa si lelaki bertopengkan wanita cantik itu.








                                               [karya fiq koi]

2 comments: