Tuesday 25 October 2011

Tempat Gelap Itu!

Aku kembali lagi, ke tempat yang aku sepatutya tidak perlu menjejakan lagi ke tempat gelap hitam sial itu. ahhh tapi ugutan bunuh yang aku terima didalam perut comel ku meminta aku untuk ke situ. "sial, time macam ni lah kau mintak aku keluarkan kau" merungut aku sendirian, kesal dengan toksin yang berada di perut ku meronta untuk keluar , tidak cukup dengan rontaan, ugutan dan kepedihan juga di berikan kepada perut ku. 

Tibanya aku disitu, dapat aku merasakan angin malam sepoi-sepoi bahasa. aku segera ke situ untuk melaksanakan tanggungjawab ke atas perut ku, dengan berbekalkan sebungkus nikotin segar yang aku beli di kedai mamak tadi. aku segera mempercepatkan langkah ku. aku segera masuk ke salah satu tempat yang kosong itu, segeraku menyalakan nikotin sambil bersedia untuk menjatuhkan semua ugutan,rontaan dan segala bagai kepedihan perut ku. "kau nk bebas kan aku bagi kau bebas hahaha" kata ku sendiri sambil tersengih comel sial mungkin.


Setelah selesai segala tanggungjawab yang diberikan aku keluar dengan muka bangga.tiba-tiba aku di kejutkan dengan seorang wanita yang cantik mungkin di luar tempat gelap itu. bagaikan terbang di awan, aku rasa terpingga-pingga, bagaimana wanita secantik itu berada di situ. tubuh badan yang aku boleh katakan cukup sempurna untuk dinikmati oleh mata ku pada malam itu, aku terkaku batu disitu. wanita itu menyedari aku berada disitu dan tersenyum manis gula batu ke arah ku. aku terdiam membisu, senyum pun tidak tersengih pun tidak. tapi aku cuba membuat muka kacak seperti rosyam nor mungkin.


Dia datang perlahan ke arah ku, bau wangiannya cukup merangsang seluruh tubuh badan ku. sekarang, dia berada di depan mata ku. aku mula berpeluh memikirkan tindakan dia seterusnya. tanpa diduga dia berkata " nak try ke bang, ringgit malaysia 50 sahaja untuk jam pertama" suara garau lelaki mengalahkan karam singh walia ketika berfalsampah. aku tersenyum sial dan berlalu pergi sambil melayangkan jari tengah kepadanya. aku bernasib baik kerana tidak menjadi mangsa si lelaki bertopengkan wanita cantik itu.








                                               [karya fiq koi]

Sunday 9 October 2011

Aku Si Pecinta Vespa

pengalaman aku masa mula2 nak pakai vespa . masa tuh form 3 or 4 cmtu lah , aku minat vespa mcmtu2 je mula2 . tak bagi fokus sangat lah . tetibe ada sorg member aku keluar sebijik vespa super . pergh mula2 agak buruk ah . aku tgk ala..terus mcm patah semangat nak pakai vespa . bawak pun mcm "hidup segan mati tak mau " . lebih kurang setahun lebih lepas tuh . BOOMMM !! meletup bai vespa dia . bkn barai . tp style wehh .. engine tiptop , warna agak lawa lah . haa , time tuh lah aku dah mule semangat nak pakai vespa . aku pun mula berjinak2 dgn vespa . try2 bawak , tgk2 , follow dia pegi mana2 , dan macam2 lah untuk memahami konsep nak pakai vespa kononnya . Dalam hati mendidih je tgk dia bwk vespa , aku masa tuh asyik tumpang orang je , sampai meluat ah member2 . haha . then . aku pun tanya lah kan member aku ni pasal vespa , macam mana?bagaimana ? apa dia? dimana? bila ? harga ? sampai lah aku faham . habis je sekolah aku nekad nak simpan duit , nak beli vespa gakk ! kerja lah kononnya nak carik duit beli vespa , tp haprak. semua duit habis aku joli kt mamak RNK ! hahaha . tada faedah langsung kan . baru nak up mase tuh .. mcm2 kerja gak lah aku buat dalam setahun lepas tamat zaman persekolahan aku .sakan carik duit ohh ... last2 duit tak berjaya gak simpan , borossssss ! member dah mula bahan2 , ejek dan pelbagai lagi lah . agak malu weh .. segan habis ah .. rasa tercabar kelakian . masa tuh mula lah timbul rasa menyesal , sedih , kecewa dan marah pada diri sendiri . hahaha . aku dah mula rasa bosan mengumpul duit utk beli vespa .fade up ! benci ! haha . dan tak lame kemudian aku dpt masuk belajar kt **** . pra je punn .. kt melaka masa tuh lendu . U tuh pulak besar macam istana haa.. nak pegi kelas pikir 10 kali gak lah ..masa tuh lah mulanya rasa teringin kembali mengumpul duit utk memakai vespa . masa belajar , tau jelah kan . enjoy , asgmnt , mcm2 ah . semua pakai duit broo .. so, tak berjaya lagi simpan . then habis pra .. aku blk ampang je , member tanya" bila weh nak keluar vespa ? cita nak pkai vespa lah , apelah ! " . aku pun tepuk dada tnya selera .so , selera aku kata okay cuti sem ni kerja . aku pun kerja lah susah payah . akhirnya dapat lah simpan dalam 4 ratus je . mana lepas lagi nak beli . member aku yg pakai vespa tuh kata , " tape weh , simpan dulu . slow2 . nak pakai vespa kena byk sabar " . dia mmg baik ah . byk bg kata2 semangat . sifu katakan . hahahaa .aku pun simpan je dulu . masuk diploma pulak . sem satu lagi lah mcm2 cabaran . masa tengah sem 1 aku dah tak tahan sgt nak pakai vespa . then aku pinjam dulu duit ayah aku . " bah , pinjam duit .. " ayah aku kata " kau nak buat ape " aku " nak beli vespa ... " ayah aku punya hangin dengar aku nak pakai vespa . kena lah ceramah satu minggu berturut2 . sakit telinga wehh .. rasa menyesal aku bagi tau org tua ni . biasa lah kan , dorg nak yg terbaik utk kita . vespa kan brg lama, tinggi kos nak sara . aku pun cube gak ayat2 . last2 dapat . tp bersyarat . dia kata sebelum beli ayah kena tgk dulu .. dia setuju baru boleh beli . dia nak harga murah , tp vespa nak yg tiptop . mmg kapan lah nak dapat kan .. then aku ckp kt dia , klw cmtu tapelah malas ah nak pinjam duit ayah . susah bebeno urusannya . merajuk lah konon ... seminggu lepas tuh dia call kata kau nak beli gak ke .. carik lah satu . nnti dah ada duit bayar blk.. haha . tersenyum lebar aku . modal aku RM1400 je masa tuhh ..carik2 . dapat satu yg murah ..harga RM1400 kat banting .. jauh doh .. sanggup ponteng kelas semata2 vespa punya pasal . pegi2 tgk mcm okay je .. aku pegi dgn member .. dua pulak mmg tersangat arif pasal vespa . haa .. amik je .. bwk blk aku tunjuk kat sifu aku . dia kata aku bodooo .. haa amik sekali .. hahahah . dia marah aku , sbb aku kena tipu buta2 je . aku pun mengeluh tak sudah .. aku jual blk kt orang lain .. harga RM1000 je . sbb dokumen n engine teruk ..aku tabah kan jiwa .. aku carik2 lagi duit utk cukupkan RM1500 .. dalam masa tgh sibuk carik duit ..dgr2 cerita member aku sorg lagi keluar sebijik .. pergh .. lagi membara aku .. aku pun berusaha sedaya upaya utk pakai juga vespa.. dah lah nak dekat final exam masa tuh . hahaha . org sibuk stdy , aku sibuk vespa . mcm ape tah .. last2 aku berjaya jugak memiliki sebuah vespa yg agak okay lah .. harga RM1500 .. modal nak buat blk RM1500 lagii.. nak bagi cantik n laju .. cukup ah smpai sini dulu . nnti sambung lagi . sekian dari saya . terima kasih sbb baca cerita nii .. hahaha