Wednesday 22 June 2011

PASTI SERONOK ADA KAWAN

Aku merupakan murid kesayangan cikgu, pujian BODOH!, LEMBAB!, BANGANG! terutama ANAK HARAM! sering dilimpah kan kepada aku seperti limpahan air "money" yang tumpah dari pasangan lelaki ke mulut pasangan perempuan selepas penat menongeng macam ibu selalu buat tu, membuat aku lebih bangga dan bersemangat untuk tidak hadir kesekolah. Di kelas guru sering mengasing kan aku dari pelajar lain, katanya aku istimewa tak boleh bercampur nanti pelajar lain berjankit keistimewaan aku. 

Salah ke aku bercampur? aku cuma nak rasa seronok. dirumah aku tak dapat selalu bersama ibu, sejak kematian ayah(walaupun aku tak kenal mana satu ayah aku) membuat ibu hilang punca rezeki untuk membesar kan aku dan adik kembar aku hasil ronggeng ibu dengan ayah aku yang lain, malam ibu selalu keluar berkerja katanya dengan ayah, kadang kadang dengan papa, esoknya dengan daddy. setiap kali keluar bekerja Ibu nampak cantik sangat dengan skirt atas lutut baju ibu tak cukup kain, aku nampak dua bukit besar ibu. aku bangga dengan ibu kerana kerja keras untuk besarkan aku sampai pagi ibu pulang terhuyung hayang dia berjalan macam adik kembar aku yang baru belajar jalan. kesian ibu penat.

Tapi aku tak faham kenapa cikgu cikgu aku kata kerja ibu salah, haram katanya. mungkin sebab tu meraka panggil aku anak haram. Aku sering dipulau tioman kan oleh mereka, HIV tak berjankit dengan sentuhan kan? kenapa aku diasingkan juga? 

ibu, lain kali jangan bagi aku HIV ae. 

aku nak rasa ada kawan. Mesti seronok kan

[karya HAIRUDI]

No comments:

Post a Comment