Sunday 12 February 2012

Ronta Runtuh

Kali ini aku dihentam kuat,
Setelah hati memilih untuk kekal dijalan ini,
Tergelung sesat dalam ruang sendiri,
Selaput mata hati aku hilang arah pasti,
Aku raga yang tidak berjiwa,
Mengapa tidak kau tamatkan saja nadi ini?
Rela aku diratah ulat dari aku begini,
Setiap nada yang keluar dari hati ini cuma,

“bangsat”

Senyuman aku malap,

“Sudah la aku ni gelap, senyuman malap pulak! terus hilang seri, bangsat!”
Monoloque aku sendiri.


Ini pendirian aku, aku berdiri disini,
Aku yang pinta untuk terus disini,
Tak akan aku berganjak walau setapak,
Bukan kerna egois aku yang buat aku begini,
Kerna ini pendirian, hati yang tetapkan.

Terus aku sujud padaMu

Haa lega,

Hati goncang kini tenang,
Ternyata aku tidak akan lupa untuk sujud selepas ini,
Mungkin ini tujuan Mu,
Mungkin ini jalanku.


No comments:

Post a Comment