Sunday 12 February 2012

Terima Kasih Pak Hang

Teliti aku perhati mentari jingga pergi.
Pergi matikan diri,
Tika ini aku hanya buta, buta hati,
Dihadap aku cuma gelap,
Senyuman aku malap.
Dalaman ini dicarik kejam,
Dicarik kejam si anjing hitam,
Dan aku tiada beda antara langau
Langau bermain sesat dalam bangkai berulat.
Bodoh ini tak akan dibela sampai mati,
Cukup,
Terima kasih kerana beri aku rasa sakit yang ini.


Terima kasih pak hang..

No comments:

Post a Comment